KUALA LUMPUR: Kemenangan calon Barisan Nasional, Datuk Amizar Abu Adam dengan majoriti selesa membuktikan bahawa para pengundi di DUN Pelangai mahu kerajaan negeri Pahang yang diterajui oleh Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail terus stabil dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, kemenangan itu juga membuktikan formula kerjasama di antara parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan diakui dan diterima rakyat.
“Wanita UMNO Malaysia mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional, Datuk Amizar Abu Adam di atas kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai.
“Terima kasih kepada seluruh pengundi DUN Pelangai yang terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada calon Barisan Nasional untuk memberikan khidmat bakti kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Sabtu.
Noraini berkata, Wanita UMNO Malaysia juga ingin menzahirkan terima kasih kepada seluruh jentera parti Kerajaan Perpaduan yang telah bertungkus lumus berkempen untuk memastikan kemenangan tersebut.
Media sebelum ini melaporkan Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong itu menang dengan majoriti 2,949 undi apabila meraih 7,324 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat (4,375 undi) dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni (47 undi).
PRK hari ini diadakan susulan kekosongan luar jangka kerusi DUN berkenaan selepas Johari, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, meninggal dunia dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.
Firdaus Azil
Sat Oct 07 2023
Noraini berkata, kemenangan itu membuktikan formula kerjasama di antara parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan diakui dan diterima rakyat. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Nahas helikopter Lumut: Khidmat kaunseling diteruskan bergantung keperluan - Noraini
Hasil pemerhatian mendapati waris mangsa masih bersedih, namun kuat semangat untuk menerima kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
Sokong usaha Malaysia jadi peneraju pengukuhan sistem timbang tara - Wanita UMNO
Noraini menyeru semua pihak agar beri sokongan kepada usaha mendesak proses perundangan timbang tara diperkemas dan diperbaiki.
Wanita UMNO nafi minta Noraini berundur
Ujar Rosni, kebanyakan negeri menyatakan sokongan mereka tanpa paksaan kepada Ahli Parlimen Sulong itu untuk terus menerajui Wanita UMNO.
KPT alu-alukan cadangan tubuh universiti wanita
Ketika ini bilangan mahasiswi di IPTA adalah lebih 350,000 iaitu 61 peratus daripada jumlah kemasukan pelajar.
Menu Keluarga Malaysia di IPT perlu ambil kira kepelbagaian komposisi kaum
Satu pelan tindakan yang holistik, sinergi dan mampan akan dibangunkan sebagai panduan kepada IPT dalam usaha memperkasa kebajikan siswa.
Malaysia terus jadi destinasi pilihan pelajar antarabangsa - Noraini
Malaysia masih menjadi destinasi pilihan untuk pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian mereka, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad.
Banjir: Peminjam PTPTN terjejas dapat penangguhan bayaran 3 bulan
Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan kepada peminjam yang terkesan akibat banjir yang melanda negara.
KPT usaha lahir modal insan berkualiti, berkemahiran tinggi - Noraini
Usaha diperhebat melalui Agenda Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara.
Zahid Hamidi zahir penghargaan kepada Ahli Parlimen, pemimpin setia dengan UMNO
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada Ahli Parlimen UMNO dan pemimpin yang tetap setia berdiri bersama parti.